Prosedur Urusniaga
- Untuk menempah produk kami, pelanggan dikehendaki menghubungi kami melalui email atau telefon. Nyatakan nama, alamat, nombor telefon, kod produk dan kaedah kiriman untuk mengesahkan tempahan.
- Pelanggan dimestikan membayar 30% daripada jumlah keseluruhan urusniaga sebagai deposit dan bukti tempahan, selewat-lewatnya 48 jam selepas tempahan disahkan. Jika deposit tidak diterima dalam tempoh tersebut, tempahan akan dibatalkan.
- Pembatalan tempahan selepas deposit dibayar dan pengesahan pesanan telah diproses adalah tidak dibenarkan. Deposit tidak akan dipulangkan jika pelanggan masih mahu membatalkan tempahan yang telah disahkan.
- Bayaran penuh hendaklah dilaksanakan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum produk dihantar kepada pelanggan.
- Deposit dan bayaran penuh boleh dibuat melalui akaun Maybank atau CIMB. Maklumat terperinci akaun kami akan diberikan kepada pelanggan semasa tempahan dibuat.
- Maklumkan kepada kami sebaik sahaja deposit dan bayaran telah dibuat. Sila buat salinan resit deposit untuk pengesahan dan bukti urusniaga untuk rujukan pihak kami.
- Bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Lembah Klang, Perak atau Pulau Pinang, kami akan menghantar produk ke rumah pelanggan secara percuma (bergantung kepada jarak dari pusat operasi kami).
- Untuk penghantaran melalui POS Malaysia, kos perkhidmatan POS Laju hendaklah ditanggung oleh pelanggan. Maklumat mengenai kadar bayaran perkhidmatan POS Malaysia boleh dilihat di bawah.
- Sebarang kerosakan pada produk semasa proses penghantaran POS adalah di luar tanggungjawab dan kawalan kami.
- Kami dengan sedaya upaya akan memastikan perjalanan urusniaga akan berjalan dengan lancar dan bersih berlandaskan undang-undang agama dan negara, demi kepuasan anda yang menjadi matlamat kami.
Kadar Bayaran POS Laju
RM 16.00 untuk 2.5 kg pertama.
Tambahan RM 2.00 untuk setiap 0.5 kg seterusnya.
Berat maksimum yang dibenarkan adalah 30 kg.
*Dipetik dari Laman Web Rasmi POS Malaysia
RM 16.00 untuk 2.5 kg pertama.
Tambahan RM 2.00 untuk setiap 0.5 kg seterusnya.
Berat maksimum yang dibenarkan adalah 30 kg.
*Dipetik dari Laman Web Rasmi POS Malaysia