Aimiramaju Enterprise
Aimiramaju Enterprise, ditubuhkan pada tahun 2009 dengan matlamat memasarkan hasil seni ukir tempatan di pasaran tempatan dan juga global. Kami berazam untuk memastikan produk keluaran tempatan mampu bersaing dengan produk seni ukir import dalam pasaran yang kompetetif.
Kebanyakan produk kami diukir secara eksklusif, di mana produk tersebut hanya akan diproses hanya apabila tempahan diterima secara sah, kecuali beberapa produk tertentu yang sentiasa di dalam stok.
Moto syarikat kami adalah :
- Memastikan setiap urusan jual-beli berjalan mengikut undang-undang agama dan negara.
- Memastikan kepuasan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan kami.
- Sentiasa memperbaiki dan memajukan produk dan perkhidmatan kami untuk kebaikan masa hadapan.